Alhamdulliah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT,Kelas belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi bulan Februari telah bermula minggu lepas iaitu pada hari sabtu jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk kanak dan jam 8.30malam hingga 10.30 malam untuk dewasa.
Walau bagaimana pun pendaftaran pelajar masih dibuka untuk kanak-kanak,remaja dan dewasa.Muslimin dan muslimat yang ingin belajar AL-QURAN di sekitar Balakong iaitu di Taman Impian Ehsan 1,2 dan 3,Taming Jaya,Bukit Belimbing,Taman Cheras Jaya,Taman Karun Mas dan Taman-Taman sekitarnya di jemput mendaftar segera.
Al-Baghdadi ALC BALAKONG juga mempelawa para bakal haji yang ingin melancarkan penguasaan bacaan Al-Quran untuk hadir dalam kelas intensif ini.Dimana untuk bakal haji khasnya kami menawarkan pembelajaran secara intensif iaitu 2 jam sehari selama 22 hari berturut-turut dengan yuran yang amat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut sila Hubungi Ustaz Ghani 013-2874152,019-2804211.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan