Assalamualaikum,
ALHAMDULILLAH Majlis pelancaran & perasmian pusat pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi di ALC Balakong telah berjaya disempurnakan pada hari Isnin 26 Disember 2011 pukul 10 pagi . Majlis ini dirasmikan oleh yang berbahagia al-Fadzil Ustaz Mohd Hakim Tamam, Timbalan Pengarah AL-BAGHDADI TRAINING CENTER (ATC) Selangor. Turut sama hadir dalam majlis perasmian tersebut Ustaz Nazri Din Pengurus Al-Baghdadi Learning Center Reko Sentral, Kajang.
Pada majlis ini juga para hadirin diberi taklimat tentang cara dan kelebihan pembelajaran al-Quran teknik ketuk-ketuk al-Baghdadi yang sangat popular mutakhir ini.
Semoga segala usaha ke arah melahirkan masyarakat celik al-Quran dan menghayati kandungannya ini akan mendapat kerahmatan dari ALLAH hendaknya. Amin Ya Robbal 'Alamiiin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan