Ahad, 18 Disember 2011

al-Baghdadi Kini Di Balakong!

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH Majlis pelancaran & perasmian pusat pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi di ALC Balakong telah berjaya disempurnakan pada hari Isnin 26 Disember 2011 pukul 10 pagi . Majlis ini dirasmikan oleh yang berbahagia al-Fadzil Ustaz Mohd Hakim Tamam, Timbalan Pengarah AL-BAGHDADI TRAINING CENTER (ATC) Selangor. Turut sama hadir dalam majlis perasmian tersebut Ustaz Nazri Din Pengurus Al-Baghdadi Learning Center Reko Sentral, Kajang.

Pada majlis ini juga para hadirin diberi taklimat tentang cara dan kelebihan pembelajaran al-Quran teknik ketuk-ketuk al-Baghdadi yang sangat popular mutakhir ini.

Semoga segala usaha ke arah melahirkan masyarakat celik al-Quran dan menghayati kandungannya ini akan mendapat kerahmatan dari ALLAH hendaknya. Amin Ya Robbal 'Alamiiin!

Ahad, 11 Disember 2011

ALC ALBAGHDADI BALAKONG

Tenaga pengajar ALC Balakong bersama pengasas teknik Al-Baghdadi, Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Ustaz Jalaluddin sedang memberi penerangan kepada tenaga pelajar teknik Al-Baghdadi

                       ASSALAMUALAIKUM.

AL-BAGHDADI merupakan teknik pembelajaran Al-Quran yang inovatif, kreatif dan efektif pada masa kini. Teknik ini  telah terbukti berkesan dalam membantu pelajar mempelajari Al-Quran dalam masa yang singkat.

Teknik ini sangat sesuai untuk kanak-kanak seawal umur 4 tahun keatas dan juga orang dewasa.Cara pembelajaran yang amat menyeronokkan serta latih tubi yang berterusan menjadikan ianya mudah difahami dan diingati.
Sistem pembelajaran secara berkumpulan juga amat menyeronokkan kerana ianya tanpa soalan,tanpa perlu membaca berseorangan menjadikan suasana pembelajaran sentiasa ceria dan teruja.

Modul Pembelajaran meliputi:

1. Pembelajaran Al-Quran
2. Tajwid
3. Talaqqi

Untuk pendaftaran sila hubungi : Ustaz Ghani 013-2874152 ,019-2804211.
                                                 Ustaz Nazri 019-3727690.

Pakej kanak-kanak :    RM 300.00 belajar selama 6 bulan.
Pakej dewasa         :    RM 300.00 belajar selama 3 bulan.

Pilihan waktu belajar :
                                *** Isnin - Khamis ( 8.30am - 10.30am dan 3.00pm - 5.00pm )
                               
                                *** Sabtu - Ahad ( 9.00am - 11.00am dan 8.00pm - 10.00pm )


Sabda Rasullullah S.A.W " Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar
                                         AL-QURAN dan mengajarnya kepada orang lain.
                                                   ( Riwayat Imam Al-Bukhari ).



JAZAKUMULLAH.